Monday, August 31, 2009

Poster Bahasa Rojak

BAHASA ROJAK



Bahasa Rojak adalah suatu jenis percakapan di Malaysia yang menakrifkan campuran pelbagai bahasa dalam satu pertuturan. Kini Bahasa Rojak semakin menular dalam kalangan generasi muda.





SEJARAH


Bahasa Rojak dikesan seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila perdagangan antarabangsa ditubuhkan oleh Parameswara pada tahun 1402 di Melaka. Pelabuhan ini menarik ramai pedagang yang secara keseluruhannya bertutur lebih 80 bahasa dari pelbagai bangsa dan budaya .






ISU

Isu ini berbangkit apabila Bahasa Malaysia dicampuradukkan dengan Bahasa Inggeris dan pelbagai bahasa yang lain. Dalam arkid pada 4 Julai 1998, Bahasa Rojak,Melayu Hamburger oleh Noor Hasani Musa tercatat iaitu Pelatikan tokoh politik veteren, Datuk Dr. Rais Yatim menyatakan kedudukan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi ini sudah jelas dimaktubkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan tetapi kalaulah bahasa rasmi tersebut 'sekerat ular,sekerat belut' itu amat mendukacitakan. "Penyeragaman bahasa siaran adalah untuk mengelakkan orang ramai keliru yang mana satu lidah rasmi. Itu sebenarnya yang kita hendak pertahankan." Bagaimanapun, ujar beliau, penyeragaman ini tidak melibatkan penggunaan loghat. "Loghat tidak apa,tetapi apabila sampai kepaada penggunaan bahasa rasmi, yakni menggunakan hebahan berita, rencana, ulasan waima celoteh deejay sekalipun - kalau saluran itu saluran kebangsaan - kalau saluran Melayu, mesti gunakan bahasa Malaysia yang betul, jangan guna 'bahasa Melayu act'.





PENERANGAN POSTER



  1. Latar belakang - kami menggunakan latar belakang berwarna hitam untuk menimbulkan tipografi (ayat-ayat bahasa rojak) dengan warna putih dan ini juga menggunakan warna monocrome(hitam dan putih). Penggunaan warna monocrome melambangkan kebaikan dan keburukan bahasa rojak.

  2. Imej bumi - imej ini melambangkan penularan bahasa rojak yang semakin berleluasa dengan menggunakan effect Luminosity (effect pada semiotik simbol larangan) .

  3. Tipografi - Pelbagai tipografi digunakan dalam poster ini untuk menunjukkan bahasa Malaysia dicampuradukkan dengan bahasa lain seperti 'kau memang terror (hebat) la !', tempat makan ni best (bagus) sangat ! dan lain-lain lagi.

  4. Semiotik simbol Larangan - Simbol ini diletakkan di tengah poster untuk menunjukkan bahasa rojak perlu dihapuskan dengan menggunakan warna merah yang melambangkan penegasan terhadap isu ini.

  5. Imej Figura Manusia - Imej figura manusia tersebut merupakan pelajar di IPTA atau IPTS yang kerap menggunakan bahasa rojak. Imej dua orang pelajar perempuan yang sedang berbual melambangkan bahasa rojak sering berlaku dalam setiap perbualan.

  6. Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka - melambangkan pihak DBP harus menitikberatkan tentang penggunaan bahasa rojak dalam semua aspek seperti pembelajaran dan pangajaran(P&P) dan sebagainya.

  7. Dialog - menjelaskan bahasa formal dan bahasa rojak dalam perbualan tersebut.

  8. Slogan 'BAHASA ROJAK PEROSAK KUALITI BAHASA' - ini bermaksud bahasa rojak menggugat kualiti bahasa yang menggunakan warna merah sebagai penegasan. Kualiti bahasa merupakan sesuatu bahasa tidak tercemar dengan bahasa asing.

1. Latar belakang - latar belakang berwarna hitam untuk menimbulkan tipografi (ayat-ayat bahasa rojak) dan merupakan kebaikan dan keburukan bahasa rojak ini dengan menggunakan warna monocrome (hitam/putih).

2. Tipografi - tipografi dalam poster ini disusun secara arc (dalam software adobe photoshop) untuk melambangkan penularan bahasa rojak yang semakin berleluasa. Disebalik tipografi tersebut terdapat komik yang menggunakan effect (vivid light) dan terdapat kesan pelbagai warna pada tipografi tersebut. Ini melambangkan penggunaan bahasa Malaysia telah dicampuradukkan dengan bahasa lain seperti bahasa Inggeris dan sebagainya.

3. Imej Figura Manusia - Imej dalam poster ini menunjukkan pelajar IPTA atau IPTS sering menggunakan bahasa rojak dalam seharian. Dua orang pelajar perempuan melambangkan penggunaan bahasa rojak sering berlaku dalam perbualan seperti 'thanks atas semunye', you masih sayangkan i ?, dan lain-lain lagi.

4. Komik-komik - Imej komik dalam poster melambangkan punca berlakunya bahasa rojak yang semakin menjadi-jadi sehingga sekarang. Komik ini juga sering dibaca oleh golongan muda seperti pelajar sekolah,pelajar IPT,dan sebagainya. Komik-komik yang sentiasa mendapat perhatian golongan muda seperti komik anime dan sebagainya.

5. Slogan 'BAHASA ROJAK PEROSAK BAHASA' - Slogan ini bertujuan untuk menyindir sesetengah golongan yang sering menggunakan bahasa rojak dalam kehidupan seharian mereka. Bahasa rojak juga merupakan bahasa Malaysia yang sudah tercemar dengan bahasa lain seperti bahasa Inggeris dan sebagainya.

Kesimpulannya, bahasa merupakan identiti sesebuah negara jika bahasa tersebut tercemar maka hancurlah kualiti sesebuah bahasa. Pihak kami memuji tindakan rangkaian saluran TV 3 Prima Bhd diatas keperihatinan pihak mereka terhadap kualiti bahasa kerana telah menukar nama Karnival Sure Heboh menjadi Karnival Jom Heboh. Sama-samalah kita meningkatkan taraf bahasa supaya tidak tercemar, bak kata pepatah Bahasa Jiwa Bangsa.

51 comments:

  1. Penerangan tentang poster amat memuaskan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pembetulan yang perlu dibuat pada poster pertama dari segi reka letak dan kekemasan. Imej bumi langsung tidak kelihatan dan simbol Larangan pula terlalu besar. Pengunaan jenis tipografi yang banyak dan jenis saiz yang digunakan juga menyukarkan ayat-ayat yang terdapat di dalam poster sukar untuk dibaca, lebih-lebih lagi dihalang oleh simbol Larangan. Poster kedua pula memberi fokus terhadap pengunaan tipografi sahaja and reka bentuk yang agak ringkas.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. poster dihasilkan dengan menarik dan berjaya dihasilkan dengan kreatif.namun terdapat bbrapa klemahan yg prlu dbaiki.poster yg pertama penyampaiannya amt jelas cuma,perkataan di belakang agak tak tersusun.begitu juga dengan pemilihan warna kuning utk kotak dialog dilihat tidak begitu sesuai.poster kedua pula baik dan agak ringkas.namun secara keseluruhannya,kdua2nya adlah poster yg amt menarik.

    ReplyDelete
  4. Bahasa rojak ini seakan-akan sudah menjadi seperti budaya bagi masyarakat kita umumnya di Malaysia. Lalu apa daya bagi bijak pandai, sasterawan negara mahupun doktrin kerajaan mahu menanganinya. Tidak ada hukuman ataupun sesuatu yang digazetkan untuk pesalah bahasa ini. Berbalik semula kepada diri sendiri, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya mencintai dan mengagungi bahasa kita.Bahasa mencerminkan bangsa, seandainya bahasa rojak ini digunakan seharian, maka apakah sebenarnya bangsa kita? Renung-renungkan....

    ReplyDelete
  5. Berdasarkan poster yang pertama, poster ini menunjukkan cara penyampaian secara langsung. Isi yang nak disampaikan terus sampai kepada pemerhati tanpa perlu banyak berfikir. Namun demikian terdapat kelemahan yang boleh dibaiki mengikut pandangan saya. Penggunaan warna untuk fon ‘bahasa rojak perosak kualiti bangsa’ tidak beberapa suai apabila dipandang dari jauh kerana warna fon adalah sama dengan symbol bulat. Hal ini menyebabkan dari suatu jarak, fon ini akan kelihatan berpadu dengan simbol bulatan tersebut sehingga perkataan yang ingin ditonjolkan hilang.
    Berdasarkan poster kedua pula, kita boleh perhatikan dua orang perempuan yang sedang membaca. Bahasa rojak kebiasaanya digunakan semasa percakapan berlaku. Aktiviti membaca tidak sesuai dengan konteks bahasa rojak perosak kualiti bahasa. Menurut pandangan saya, kedua-dua permpuan seharusnya bercakap sesama mereka. Perkataan boleh diolah sebagai belon percakapan yang biasa diamalkan dalam komik. Ini sesuai untuk menunjukkan percakapan sedang berlaku.
    Saya berharap komen saya boleh membantu dalam penambahbaikan poster-poster tersebut.
    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Salam:bkan nk kritik atau pape..cma nk bg pndangan.Poster kmu ingn mngaskn tntng bhasa rojak?knp tjuk kamu tidak dijelaskan lagi?penggunaan warna untulk tjuk 2 kurang sesuai.Satu lagi.jika nk buat dialek orang brckp,knp tidak dibesarkan sedikit tulisan tu.Kna pakai knta dulu bru nmpak.Ini cma pandangan jer.Anyway,poster kamu mnrik cma perlu dperbaiki.all the best.salam

    ReplyDelete
  7. pengolahan isi y baik....
    n poster y first 2 amat jelas but y kdua 2 krg skt....
    x dnafikn bahasa rojak smkin mnular skrg so lngkah y drastik hrus d ambl bg mnangani masalh ni....
    poster ni amat baik tp ada kkrngnnya jga...
    hope dpt bt y lbh baik lg...
    all the best...

    ReplyDelete
  8. mnarik.....
    but poster 2 krg jelas la...
    maklumat2 2 ckp ok....

    ReplyDelete
  9. poster kurang menarik..terlalu banyak mengunakan teks..dan gambar 2 org tgh blajar 2 kurang kena....lau bleh tgk apa sumber utama mendorong kita mengunakan b,rojak..bagi saya pengunaan b.rojak yang ketara adalah di hphone,
    background perlukah warna "pink" terlalu ladies..tidak menunjukan penegasan

    ReplyDelete
  10. thanks 4 the comment.untuk pertanyaan saya cuba perjelaskan:
    1)imej bumi kurang jelas- sebenar imej bumi jelas kelihatan jika anda membesarkan poster tersebut.
    2)simbol larangan terlalu besar dan berwarna merah- simbol ini agak besar kerana ia bertujuan untuk membasmi bahasa rojak

    ReplyDelete
  11. Hasil keerja yang agak sederhana, kerana ada beberapa perkara yang harus di tingkatkan disini. 1. Penggunaan warna pada subjek yang hendak di terampilkan perlulah terang dan menarik perhatian walaupun dari jarak 10 meter. kerana inilah mesej yang hendak disampaikan. 2. Gunakanlah bahasa atau saranan positif. lebih kepada membetulkan keadaan bukannya masalah. manusia akan patuh atau ingat dengan benda pertama yang dia baca atau lihat. sebagai contoh ' Gunakan Bahasa rasmi' 3. gambar dua mahasiswa itu tidak perlulah diketengahkan kerana fokus kita adalah masyarakat sejagat.

    ReplyDelete
  12. saya memuji tindakan kumpulan ini diatas keprihatinan meraka mengetengahkan masalah bahasa rojak yang semakin menular dalam kalangan masyarakat..poster yang direka dapat memberi kesan jika dihayati dengan teliti..

    ReplyDelete
  13. penerangan yang bagus tapi poster yang dihasilkan tidak memberi kesan yang mendalam...

    ReplyDelete
  14. maksud anda tak memberi kesan mendalam? ada kah kami mampu menyampai kan msj poster..sila beri penambahan terbaru @ idea untuk lebih mendalam lagi dalam penyampaian mesej poster kami.

    ReplyDelete
  15. wow!!! thats great idea.... but sy tidak berkenan dgn poster ni jer sbb x brapa sesuai dgn imej.

    ReplyDelete
  16. hello..
    saya amat tertarik dengan poster pertama penyampaian mesej amat jelas.mempunyai karya seni yang teratur.

    ReplyDelete
  17. ok la nie....p cam ada something xkena jew...

    ReplyDelete
  18. tak berapa sesuai maksud anda?boleh anda tunjukan poster anda lebih sesuai lagi...

    ReplyDelete
  19. apa tak kena maksud anda? sekira anda ada rasa imej mana2 tak sesuai sela utarakan idea.

    ReplyDelete
  20. penghasilan poster dan penerangan yang baik..
    saya menyarankan kepada group ini agar menyeru orang ramai untuk melawat ke blog ini agar mereka dapat melihat bertapa cepatnya penularan bahasa rojak ini.

    ReplyDelete
  21. good jobs..gd luck!:)

    ReplyDelete
  22. sebuah poster yg menarik..sepatutnya figura manusia trsebut memandang ant satu sma lain utk mnunjukkan mereka sedang berdialog..imej bumi juga tidak kelihatan..wlaupapun kerja yg baik..keep it up..

    ReplyDelete
  23. tentang imej bumi sebenarnya jelas sekira anda perbesarkan poster tersebut.^_^

    ReplyDelete
  24. kesluruhan poster klihatan menarik..cuma perlu pnambahbaikan dr segi konteks kata2 di dlm poster tsebut..ia agak tak trsusun..pggunaan slogan bahasa rojak perosak bahasa juga agak menarik..ia menyampaikan trus msj yg ingin dsampaikan..truskan usaha anda..

    ReplyDelete
  25. wanmohdhafezey@yahoo.comSeptember 7, 2009 at 8:16 PM

    bahasa jiwa bangsa...
    saya menyokong poster n blog kump anda kerana jika bahasa rojak ini terus n menjadi amalan seharian kita,di manakah kualiti bahasa melayu kita...
    takbir!!!

    ReplyDelete
  26. bahasa rojak ada kaitan dgn membaca kat kais ke????? "bahasa rojak perosak bahasa"???
    cam iklan racun perosak je??huhuhuh.
    punoh!

    ReplyDelete
  27. saya juga adalah salah seorang yang memperjuangkan bahasa Malaysia, walaupun saya sendiri kadang-kadang menggunakan bahasa rojak.
    usaha anda untuk menghapuskan bahasa rojak adalah amat baik... poster yang telah dihasilkan bail, cuma kalau boleh tukarkan ikon 2 orang yang sedang membaca kepada sambil berbual kepada ikon seorang yang sedang "online chat" dengan kotak dialog dari komputer yang menggambarkan penggunaan bahasa rojak... itu cuma cadangan saya... tapi poster yang telah dihasilkan adalah baik dan lantang menyuarakan "bahasa rojak perosak bangsa"... teruskan usaha anda...

    ReplyDelete
  28. saya amat myokong poster ini..kuliti bahasa harus di perkukuhkan bukan diperlekehkan.imej2 yg digunakan amat berkait. wajar disatukan. penyampaian msj amat jelas ada positifnya .rujukan bahasa melalui kamus, kamus tatabahasa.. saya sokong poster anda ini...

    ReplyDelete
  29. wah, tq tak ke poster tersebut mcm racun perosak? ada identiti imej..sila rujuk penerangan.fahami poster..tq bagi comment..

    ReplyDelete
  30. ralat.
    komen sebelum ini, banyak kesilapan menaip.

    Saya juga adalah salah seorang yang memperjuangkan bahasa Malaysia, walaupun saya sendiri kadang-kadang menggunakan bahasa rojak.dalam penggunaan harian memang tak lepas penggunaan bahasa rojak, tetapi elakkan penggunaannya dalam urusan rasmi...
    usaha anda untuk menghapuskan bahasa rojak adalah amat baik... poster yang telah dihasilkan baik, cuma kalau boleh tukarkan ikon 2 orang yang sedang membaca sambil berbual kepada ikon seorang yang sedang "online chat" dengan kotak dialog dari komputer yang menggambarkan penggunaan bahasa rojak. itu lebih menampakkan penggunaan bahasa rojak. itu cuma cadangan saya. tapi poster yang telah dihasilkan adalah baik dan lantang menyuarakan "bahasa rojak perosak bangsa". teruskan usaha anda...

    ReplyDelete
  31. saya lebih suka poster ke-2 coz nampak lebih kemas dan teratur kedudukan tulisannya berbanding poster pertama. poster ke2 lebih sampai mesej kepada saya terutamanya dan lebih menarik perhatian saya memahami poster tersebut..namun begitu knp kamu britahu hanya gol IPTA dan IPTS shj yang sering menggunakan bahasa rojak??? adakah golongan lain tidak menggunakan bahasa rojak??? budak sekolah pun ada juga yang menggunakan bahasa rojak apabila berSMS contohnya..betul ke @ tak betul apa yang saya cakap??? hehehe..tq

    ReplyDelete
  32. aiiiiiiiiiiii,promot bolg sndri niiiiiiiiiiii.
    kato kot rang ,poster tu gmbr samo jah?
    TUKARRRRRR

    ReplyDelete
  33. aku stuju mr.lalink..cayok3!!!!

    ReplyDelete
  34. betul..
    bahasa rojak memang kini makin berleluasa..
    terutamanya dalam penggunaan internet dan telefon bimbit...
    isu yang baik utk diketengahkan...
    tp perlu memperbaiki sedikit dar8 aspek penggunaan tulisan...agak longgar..
    penggunaan warna itu penting..
    maaf kalau melampau...-hanya ingin membantu

    ReplyDelete
  35. thanks,kritik poster kami. Ya,memang betul gol. lain pun ada menggunakan bahasa rojak seperti pelajar sekolah tetapi kami lebih fokus kepada pelajar IPT kerana pelajar sepatutnya menunjukkan contoh kepada masyarakat supaya membanteras bahasa rojak.

    ReplyDelete
  36. salam, kpd anonymous...
    Terima kasih kerana mengkritik poster kami. Kami meletakkan gambar dua orang pelajar kerana bahasa rojak lebih banyak digunakan dalam golongan IPT. Oleh sebab itu, kami berpendapat,golongan IPT seharusnya menunjukkan contoh dalam masyarakat sejagat dan golongan IPT juga amat mempengaruhi mentaliti masyarakat.terima kasih.

    ReplyDelete
  37. bahasa rojak merupakan virus yg perlu dibuang dlm masy kita pd hari ini.dimanakah status bahasa kita pd hari ini?slogan bahasa jiwa bangsa semakin tenggelam dek kata2 rojak yg trus mnyerang bahasa melayu.bnyk fktor mjdi pmngkin kpada pnularan kata2 rojak ini..truskan usaha anda..poster anda sememangnya mampu menyedarkn masy.gud job^_^

    ReplyDelete
  38. salam 1malaysia...
    walaupun budaya kita dikatakan bersatu,akan tetapi bahasa tidak boleh dicampuradukkan krn bahasa melambangkan bangsa.apapn gud luk 4 your poster.

    ReplyDelete
  39. bahasa rojak....
    hr2 mkan rojak pn sdp jgk kn tp xsdp bla dgunakn dlm prckpn sharian...btl x...
    cayok2.....

    ReplyDelete
  40. Salam @ salam Sejahtera...
    Saya berpendapat, sebelum ini kempen mengenai bahasa sudah dijalankan tetapi pada saat ini, saya kurang mendengar kempen bahasa sekitar IPT. Jadi, kita perlulah sama-sama mendapatkan semula slogan tersebut "bahasa jiwa bangsa" dan membanteras bahasa rojak.terima kasih.

    ReplyDelete
  41. Wasalam kpd intanpayung,
    Ya saya bersetuju dengan anda. Makan rojak sudah pasti sedap tetapi apabila kita mendengar perbualan bahasa rojak sudah pasti kita akan terasa sakit. Oleh sebab, betapa teruknya perosak bahasa ini menular.terima kasih.

    ReplyDelete
  42. knp korng xbt tgh mkn rojak je???
    best skt bln2 pose ni....
    grau je...
    idea y bgs tp gmbr org 2 xbrpa ssuai lar, so prbaiki lg la yer....
    n ltk la poster y lain plak, lg byk poster, lg byk idea y korg dpt....

    ReplyDelete
  43. halluw adek2 fine art ku syg..(soe aa pggunaan bhs rojak lam ni..he3..)
    pjelasn..
    sgt mmuaskn cz pjelaskn mengapa,knp n rasional poster 2 d wt..
    poster..
    jelas,bagus..p tlampau direct..plu ke letak imej pelajar 2 org 2?teks 2 pn rsny x plu cz skadar gmbar da mmadai..biar khalayak sndiri yg tafsir..lgpn korg pnye poster 2,xde teks pn da tau da isu ape..
    kseluruhn..
    bagus p kalo bleh poster tu biar simple,xyah direct sgt p mksud smpai kpd khalayak..
    k,tQ..n gud luck..ha3..

    ReplyDelete
  44. nice poster...
    tp rsnye bahasa rojak y bercampur dgn english...
    bgus jgk..atleast org kite sebut jgk bahasa english..practice makes perfect.
    bukan ke english bahasa antarabangsa...

    ReplyDelete
  45. POSTER #1:
    -first impression, agak crowded. terlalu byk muka taip (tulisan)
    -tajuk: teknik menarik tp warna yg dipilih menjadikannya tenggelam kerana kurang kontras dgn latar.
    -imej bumi tidak dapat menyampaikan mesejnye disbbkan terlindung dek perkataan2 yg bersepah.
    -imej figura manusia sesuai tetapi nampak kurang bersatu dengan penampilan latar belakang poster.

    POSTER #2:
    first impression, nampak cam poster tahun 80an atau awal 90an sbb terlalu simple dan kurang dinamik.
    -tipografi: idea yg baik menggunakan efek cmtu. tp nampak x teratur.
    -kesimpulan atau tajuk nampak terlebih simple. kurang menarik. lebih2 lagi dilatarkan dengan warna kuning. nampak cm old skool sgt le.

    keseluruhan:
    -boleh la, cme cm kurang impak. tp boleh diperbaiki.

    ReplyDelete
  46. nk komen skit je..sy setuju tentang bahasa rojak perosak bahasa sb rmai pemuda-pemudi menggunakan bahasa tersebut dalam perbualan harian mereka..tp yg sy hairan percakapan bahasa melayu bercampur dengan bahasa inggeris adakah merupakan bahasa rojak?

    ReplyDelete
  47. pasal poster 2,tahniah sy ucapkan kerana dapat menghasilkn poster yang dianggap memuaskan juga..sy rasa x sesuai slogan tersebut warna merah sb simbol larangan juga berwarna merah,sepatutnya slogan itu menggunakan warna gelap supaya dapat nampak dengan jelas...

    ReplyDelete
  48. Salam kepada Syaza Mumtaz,
    Terima kasih kerana memberi kritikkan yang membina. Pada pengetahuan saya,bahasa rojak ialah bahasa inggeris atau bahasa lain yang bercampur aduk dengan bahasa malaysia. Bagi saya,kalau hendak berbahasa,biarlah gunakan satu bahasa sahaja. contohnya jika kita mendengar orang lain bercakap (bahasa inggeris campur bahasa malaysia),kita sendiri akan terasa sakit telinga dan tertanya-tanya,adakah orang ini hendak berbahasa inggeris atau bahasa malaysia?. ada juga sampai hendak berbahasa malaysia pun tidak tahu.

    ReplyDelete
  49. mohamad afiffuddin (pudin banjawa)September 27, 2009 at 10:39 PM

    pasal bahse rojak ni sebenornye xde la kronik sgt kalu digunakan utk sembang2. tp lain la kalu urusan rasmi. Cme jgn la terlebih kuahnye sedangkan isinye sikit. x sedap gak. siew2 (sikit2) udah le. sbbnye dlm komunikasi ni yg pnting org paham. tp kalu pasal nk memartabatkan BM tu boleh la. takut nti kurang perbendaharaan kate BM kalu amalkan sgt bahase rojak atau jawanye bahase pecal. hhahahahhahaha

    ReplyDelete
  50. time kasih kerna sya dapt idea untuk buat karangan

    ReplyDelete