Tuesday, September 1, 2009

Monday, August 31, 2009

Poster Bahasa Rojak

BAHASA ROJAK



Bahasa Rojak adalah suatu jenis percakapan di Malaysia yang menakrifkan campuran pelbagai bahasa dalam satu pertuturan. Kini Bahasa Rojak semakin menular dalam kalangan generasi muda.





SEJARAH


Bahasa Rojak dikesan seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila perdagangan antarabangsa ditubuhkan oleh Parameswara pada tahun 1402 di Melaka. Pelabuhan ini menarik ramai pedagang yang secara keseluruhannya bertutur lebih 80 bahasa dari pelbagai bangsa dan budaya .






ISU

Isu ini berbangkit apabila Bahasa Malaysia dicampuradukkan dengan Bahasa Inggeris dan pelbagai bahasa yang lain. Dalam arkid pada 4 Julai 1998, Bahasa Rojak,Melayu Hamburger oleh Noor Hasani Musa tercatat iaitu Pelatikan tokoh politik veteren, Datuk Dr. Rais Yatim menyatakan kedudukan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi ini sudah jelas dimaktubkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan tetapi kalaulah bahasa rasmi tersebut 'sekerat ular,sekerat belut' itu amat mendukacitakan. "Penyeragaman bahasa siaran adalah untuk mengelakkan orang ramai keliru yang mana satu lidah rasmi. Itu sebenarnya yang kita hendak pertahankan." Bagaimanapun, ujar beliau, penyeragaman ini tidak melibatkan penggunaan loghat. "Loghat tidak apa,tetapi apabila sampai kepaada penggunaan bahasa rasmi, yakni menggunakan hebahan berita, rencana, ulasan waima celoteh deejay sekalipun - kalau saluran itu saluran kebangsaan - kalau saluran Melayu, mesti gunakan bahasa Malaysia yang betul, jangan guna 'bahasa Melayu act'.





PENERANGAN POSTER



  1. Latar belakang - kami menggunakan latar belakang berwarna hitam untuk menimbulkan tipografi (ayat-ayat bahasa rojak) dengan warna putih dan ini juga menggunakan warna monocrome(hitam dan putih). Penggunaan warna monocrome melambangkan kebaikan dan keburukan bahasa rojak.

  2. Imej bumi - imej ini melambangkan penularan bahasa rojak yang semakin berleluasa dengan menggunakan effect Luminosity (effect pada semiotik simbol larangan) .

  3. Tipografi - Pelbagai tipografi digunakan dalam poster ini untuk menunjukkan bahasa Malaysia dicampuradukkan dengan bahasa lain seperti 'kau memang terror (hebat) la !', tempat makan ni best (bagus) sangat ! dan lain-lain lagi.

  4. Semiotik simbol Larangan - Simbol ini diletakkan di tengah poster untuk menunjukkan bahasa rojak perlu dihapuskan dengan menggunakan warna merah yang melambangkan penegasan terhadap isu ini.

  5. Imej Figura Manusia - Imej figura manusia tersebut merupakan pelajar di IPTA atau IPTS yang kerap menggunakan bahasa rojak. Imej dua orang pelajar perempuan yang sedang berbual melambangkan bahasa rojak sering berlaku dalam setiap perbualan.

  6. Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka - melambangkan pihak DBP harus menitikberatkan tentang penggunaan bahasa rojak dalam semua aspek seperti pembelajaran dan pangajaran(P&P) dan sebagainya.

  7. Dialog - menjelaskan bahasa formal dan bahasa rojak dalam perbualan tersebut.

  8. Slogan 'BAHASA ROJAK PEROSAK KUALITI BAHASA' - ini bermaksud bahasa rojak menggugat kualiti bahasa yang menggunakan warna merah sebagai penegasan. Kualiti bahasa merupakan sesuatu bahasa tidak tercemar dengan bahasa asing.

1. Latar belakang - latar belakang berwarna hitam untuk menimbulkan tipografi (ayat-ayat bahasa rojak) dan merupakan kebaikan dan keburukan bahasa rojak ini dengan menggunakan warna monocrome (hitam/putih).

2. Tipografi - tipografi dalam poster ini disusun secara arc (dalam software adobe photoshop) untuk melambangkan penularan bahasa rojak yang semakin berleluasa. Disebalik tipografi tersebut terdapat komik yang menggunakan effect (vivid light) dan terdapat kesan pelbagai warna pada tipografi tersebut. Ini melambangkan penggunaan bahasa Malaysia telah dicampuradukkan dengan bahasa lain seperti bahasa Inggeris dan sebagainya.

3. Imej Figura Manusia - Imej dalam poster ini menunjukkan pelajar IPTA atau IPTS sering menggunakan bahasa rojak dalam seharian. Dua orang pelajar perempuan melambangkan penggunaan bahasa rojak sering berlaku dalam perbualan seperti 'thanks atas semunye', you masih sayangkan i ?, dan lain-lain lagi.

4. Komik-komik - Imej komik dalam poster melambangkan punca berlakunya bahasa rojak yang semakin menjadi-jadi sehingga sekarang. Komik ini juga sering dibaca oleh golongan muda seperti pelajar sekolah,pelajar IPT,dan sebagainya. Komik-komik yang sentiasa mendapat perhatian golongan muda seperti komik anime dan sebagainya.

5. Slogan 'BAHASA ROJAK PEROSAK BAHASA' - Slogan ini bertujuan untuk menyindir sesetengah golongan yang sering menggunakan bahasa rojak dalam kehidupan seharian mereka. Bahasa rojak juga merupakan bahasa Malaysia yang sudah tercemar dengan bahasa lain seperti bahasa Inggeris dan sebagainya.

Kesimpulannya, bahasa merupakan identiti sesebuah negara jika bahasa tersebut tercemar maka hancurlah kualiti sesebuah bahasa. Pihak kami memuji tindakan rangkaian saluran TV 3 Prima Bhd diatas keperihatinan pihak mereka terhadap kualiti bahasa kerana telah menukar nama Karnival Sure Heboh menjadi Karnival Jom Heboh. Sama-samalah kita meningkatkan taraf bahasa supaya tidak tercemar, bak kata pepatah Bahasa Jiwa Bangsa.